Friday, November 23, 2012

Hidup baru

Dah berhari hari berkurun kurun berbulan bulan kiranya aku tak mengupdate blog aku ni. Tapi aku peduli apa? bukan ada pembaca setia yang menunggu saban hari pun.  Mungkin malas bertimpa timpa, mungkin sibuk urusan semasa, ataupun sudah tua dimamah usia. apakah?

Okay secara official dan rasminya aku sudah meningkat dewasa dan dengan bangga dan gembira kiranya aku khabarkan aku telah selamat masuk ke alam klinikal. Oh ya, 3 tahun berlalu begitu pantas umpama angin yang meniup niup diriku yang kerdil ini, echeh.

Banyak lagi mengarut daripada menaip penuh makna. haih

Sekarang aku dalam round internal medicine. Yeah, sangat menarik kiranya. bagai langit dengan bumi kalau nak dibandingkan dengan round pertama, tropikal medicine.

2 minggu pertama round tropikal medicine, kami sangat relaks dan bosan sampai satu tahap aku nak menangis sebab bosan *i literally cried sebab bosan. kelas hanya 1 jam lebih, hanya ulang pelajaran tahun lepas, nak revise semua hari hari memakan masa kurang sejam. orang lain berhempas pulas ke kelas dari pagi ke petang kami hanya makan nasi goyang kaki hari hari

2 minggu kedua. hidup berubah sekelip mata. beginilah lebih kurang

Bangun pagi bersiap ke kelas pukul 8 pagi, terus ke lecture. lecture yang sangat panjang dan berbelas belas page hendaknya sehari, hanya mengangguk pura pura faham apabila cikgu membaca slide yang terpampang depan mata. oh aku tidak boleh terima.

terus bersambung dengan ILA, datang pula banyak case yang perlu difikir, dengan dipush push oleh cikgu ditanya soalan soalan yang kurang kami ketahui jawapannya, habis setelah 2 jam, oh kelam kabut solat zohor sebelum ke round

Round bermula dengan disuruh mengambil sejarah hidup pesakit.
Pesakit tension dengan kami yang tidak faham bahasanya. Kami juga tension cuba memahami, dan tension tidak memahami, dan tension dengan patient yang tension dengan kami yang tidak memahami. memang 'seronok'
diteruskan lectures LAGI di dalam kelas kecik dengan orang duduk di atas meja, cuba meneliti bait bait yang keluar dari mulut pensyarah. terus ke ward yang kecik, dipenuhi katil dan pesakit, dan kami yang lebih kurang 20++ orang harus bersesak sesak dalam bilik yang kecik, cuba mendengar sesi praktikal pula, memang tidaklah kami dengar dengan patients menjerit2 nurse bergaduh2 pintu tutup buka, ditambah pula dengan tidak berpeluang untuk mengaplikasikan practical kerana patient sangat penat. ended up perlu menjalani peperiksaan osce dengan hanya berlatih di atas bear pooh kesayangan.

pulang ke rumah hampir maghrib, tidak sempat menghabiskan revise semua yang dibelajar, aku sudah tersungkur di atas katil.

Dan yes, final round kami, final OSCE dan examination dijalankan hanya setelah SEMINGGU sahaja belajar. gila tak gila?


ini time trop med yang gila

Allah memberi ujian tandanya Dia sayang. Tak layak kiranya aku mengeluh sedangkan ramai lagi yang menantikan peluang untuk menimba ilmu, lagi lagi ilmu medicine, kan?
Bersyukur lah di train awal awal untuk tension dan sibuk dan penat. hehe

Tapi kali ini, seronok. hari pertama ward training dah cucuk insulin kat patient, disuruh ambil glucose reading pesakit, tengok venous blood sample diambil dan terus doktor suruh kamu membuat ECG pada patient. Alhamdulillah with a simple instruction, kami berjaya :) wee go go future doctors :)

ini group internal med aku :)

dalam icu dia. hehe. kecik je icu dia :p

and yeah being in clinical year really got me thinking about what kind of doctor, what kind of person will i be in the future. How will i treat the patients. Someone once said something like this " we do not treat a disease, we treat a patient". yes, do not only care about the disease or illness, do not put in your mind that you just want this case to over, they are human beings. treat them with care. Harapannya aku tak lah sampai satu tahap tu, tak peduli pun, hanya pandang muka patients tanpa perasaan kemanusiaan. Hey, doctors are human too, kan?




 a doctor to be insyaAllah :)
 \\

Okay, aku suka mcD. aku suka sos cili mekdi to be exact. tapi tapi, aku tahu aku harus tabah dan cekal kiranya untuk memboikot. Perlu tanamkan usaha demi saudara mara di Palestin T,T. Malu juga tak banyak yang boleh dibantu,. berdoa, dan menyumbang selagi boleh. Doakan saudara mara kita di sana.

and it got me thinking actually. why should i care pun. benda yang boikot ni, such as coke and mcD sangat sangat not good for our health kan. sekarang memang aku takut sikit nak minum air gas or makan selalu fries and mcD. a medical student syndrome they said. yeah rasa mcm badan aku dari grade 10 turun grade 4 bila makan benda benda tak berfaedah tu. so its like killing two birds with one stone lah. bring israel down and doing good to my own body yea :)


Jangan berbangga kita hidup aman tapi kasihanlah kita. Usahlah diulang 'nasib baik malaysia aman'. Mereka di palestin syria rohingya tiap masa tiap saat bergantung pada Allah. Tiada masa untuk maksiat, tiap masa mengingati mati. Maka kasihanilah diri kita, yang kononnya 'aman' hinggakan 'keamanan' kita dipenuhi dengan maksiat dan dunia semata mata. Dan untung teramat untunglah mereka yang syahiid kerana dengan izin Allah, ganjaran syurga yang kekal menanti mereka di sana. Kuatkanlah hati mereka Ya Allah



something that popped on my mind a few days back, wrote it as a status on facebook. and yeah bak kata kak nisa, senang itu ujian. harapnya semua tak leka dengan nikmat yang datang pun dari Allah juga. 

3 comments: