Sunday, December 18, 2011

tunang?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

source: internet. iluvislam kut?


well kenapa aku tulis pasal ni. uhm uhm. hee this is because i didnt know this :O tapi dalam seminggu ni banyak kali dah dengar. pergi takafuh je ustaz cakap.
hee so i knew. i thought we aren't allowed to meet or talk or give presents etc = =
i was wrong. Well it isnt that hard. as long kau suka dia, dia suka kau. and korang ada niat nak kahwin dah dikira tunang.
and by that, kita boleh jumpa selagi ada mahram, boleh tukar tukar present untuk mengikat hati, boleh berhubung selagi jaga batas batas dia. to get to know each other.
betulkan lah kalau salah this is from what i heard :)

sangat teruja jugak bila dengar sebab sebelum ni ingat tunang tu kena hantaran etc etc = =.
and ingat kalau kita jumpa ke before kahwin tu macam tak boleh langsung = =/

and nak tambah satu lagi. hehe macam penting je ni. macam aku galakkan pulak = = walaupun boleh tapi ustaz ckp seeloknyaa tak payah lah :)
tulis ni pun sebab selama ni ingat tak boleh. :)

and tunang tak semestinya kahwin. no problem kalau tak sesuai, kita macam tak kahwin. thats why lah tunang ni better tak payah bagitahu kita tunang dengan sapa etc etc.
enough that people know yang kita dah bertunang. because its actually that simple that sometimes we dont even realize that it already happened = =

tu lah baru tahu. penting kan ilmu ni? kena cari banyak banyak lagi

so kiranya aku nii ................... ? :O

kthxbai

6 comments:

Izyan Hanis said...

ehem ehem eheemmm

uhuk uhuuuk uhuuuk NINAA


semoga berbahagia! :D

aynaalokman said...

hehe..kita dh lama tau.
tp nina, klu bertunang tu bleh contact2 and bg hadiah byk2 kali eyh.
wah...I thought tak bleh langsung

btw, selamat bertunang nina
xD

farah adiba said...

beri hadiah,keluar dengan tunang, memang dibolehkan..

tapi...lagi afdhal kalau kita letakkan sifat wara' dalam diri kita..(ingat tak ust tu ckp cmni?)

simpan 'kemanisan' nya lepas ungkapan 'sah' di hari perkahwinan...
(^_^)rabbuna yusahhil nina...

nur hanina said...

hehe kenapa kita ppulak iezy :P iezy lahh

kita pun ingat tak boleh langsung. hihihi. :P tapi mcm farah ckp seeloknya tak payah lah hehe

hehe betul tu farah. kita tak ckp pun nak buat tapi kita baru tahu benda benda tu mcm boleh. kita ingat tak boleh langsung :P

Tintaroo said...

Nak simpan "Tunang" ni sampai ke jinjang pelamin ke?

nur hanina said...

pmestilah hihi insyaAllah :P