Akhirnya aku sudah habis belajar di shahputra
hehe setelah hampir 3 bulan
gembirakah? sedihkah?
semuanya bercampur baur
rindu juga mahu ke kelas hari hari
berjalan jalan main boling tonton wayang di bandar
majlis graduasi berjalan dengan lancar
sederhana meriah tetapi kami gembira.
video budak lelaki sangat kacak
membuatkan kami ketawa:D
*tolong jangan perasan. terima kasih*
aku bergambar bersama rakan rakan
dah mengucapkan selamat tinggal
sedih betul.. padahal kami akan bertemu lagi beberapa hari selepas itu-.-
mengapa?
yalah, aku risau di sana kami tidak akan menjadi rapat seperti di sini
bukan senang aku berkawan dengan mereka
lagi lagi dengan budak lelaki yang pada awalnya amat menyakitkan hati
tetapi lama kelamaan aku mula okay dengan mereka.
hehe
aku balik lewat. lebih lewat dari yang lain
aku lihat sorang sorang meninggalkan rumah kami
rumah yang kecoh menjadi kosong
sunyi betul
lagi sebulan kami akan berangkat ke alex
bertemu semula
tapi aku risau apabila di sana kami tidak akan berada di kelas sama
risau juga jadi semakin tidak rapat
ahhh aku yang terlalu memikirkannya
sekarang aku lihat apa hikmahnya aku ditakdirkan balik ke malaysia dan tidak terus kekal di zagzig:D
p/s: sudah lama tidak berbahasa skema
go go pre medic shahputra 09!
we can do it and never never give up!