Thursday, June 17, 2010

saya sedang menangis guleng guleng

Jam menunjukkan pukul 3 pagi

Esok ada kelas pagi. sampaiii petang + malam schedule aku full
Tapi sebab assignment tak siap, terpaksa lah stay up dengan hati yang tak rela plus plus petang tadi tak sempat tidur T_T



Pergi mati lah kau assignment malas nak menyakitkan hati sendiri. ergh geram


When every sounds and smells reminds you of home



Aku rasa kadar kehomesick-an aku ni dah mencecah tahap kritikal
dengar bunyi kipas ingat kampung *nak balik kampunggg T_T*
bau bank ingat bank malaysia
bauu kedai teringat air cond -__-"


Semua benda lah mengingatkan aku dekat malaysia
haish ni semua gara gara semua bising balik dah dekat
Tapi aku tak sanggup nak ingat balik sebab kalau balik nak dekat, maknanya final pun nak dekat. huwaa



okay aku tak sabar nak balik
Bila balik aku nak jalan jalan makan puas puas
Aku nak pergi Genting Highlands. okay sangat desperate teringin nak pergi

Aku nak pergi tengok wayang puas puas.
Aku nak.... keluar makan puas puas
Duduk rumah puas puas
Tengok TV puas puas
Tengok Drama melayu puas puas.
Tak kisah lah drama bengong ke tak bengong ke janji Melayu dan bukan Arab.


Lantak korang lah cakap cuti nanti kena pegang buku
Belajar lah jugak sikit sikit


Kau nak belajar? Kau belajar lah sorang sorang
Aku nak ENJOY PUAS PUAS
bergembira puas puas
meronggeng puas puas

Nanti bila balik sini
Serabut. Nak enjoy pun rasa bersalah bila buku bertimbun depan mata.
Sakit kepala sakit mata sakit hati
Macam aku tengah sakit kepala sekarang dengan assignment
Nak campak campak je kertas ni dalam tong sampah
Sabar, sabar


p/s: dah berminggu internet tak ada. bosan bosan bosan

1 comment:

hanif hafiz said...

ini mmg nak balas dendam betol kt malaysia ni,