Monday, February 15, 2010

melawat zoo zagazig.

Pada hari sabtu yang lalu, saya melawat zoo bersama dua orang kawan saya.
Kami membayar 2 genih untuk masuk.


Ini adalah kali pertama saya ke zoo. Sebelum ini saya tidak pernah mahu ke zoo. Kawan saya memaksa saya pergi jadi saya terpaksa pergi.





Terdapat banyak haiwan di sana. (saya tipu. sebenarnya sangat sikit)
Pertama saya melihat bangau, yang saya sangkakan ostrich( sejak bila ostrich duduk dalam air)
Saya juga dapat bercakap cakap dengan unta.









Saya amat kagum melihat dalam zoo juga ada kucing. Nak tengok kucing tak payah pergi zoo merata rata ada. Namun begitu, saya terima dengan hati terbuka kehadiran kucing kucing tersebut di dalam zoo.


Kami hanya teruja untuk menangkap gambar sahaja. Kami suka menangkap gambar bersama haiwan haiwan.

Di dalam zoo tersebut ada badak juga, 2 ekor badak. hebat. badak badak tersebut tidur. Apa guna letak badak tersebut dalam zoo jika ia asyik tidur bukan. jangan tanya saya, tanya tuan punya zoo.

namun begitu saya sring menjerit melihat haiwan. Saya balik kepenatan kerana penat menjerit. Bak kata rakan saya " binatang apa yang hang tak takut asyik dok jerit ja?"

Maafkan saya. Saya tak faham mengapa saya takut dengan semua binatang tersebut. Kasihan mereka :(


Saya pelik kerana dalam zoo tersebut tiada harimau, singa, ular, dan haiwan haiwan eksotik yang lain. Jauh panggang dari api daripada apa yang selalu saya dengar ada di dalam zoo.


Dalam zoo juga ada bumper car. hebat bukan? Apa kaitan bumper car dengan zoo? jikalau dia meletakkan kereta api mini logik juga. Tapi bumper car?? bumper car??



Kesimpulannya, pengalaman sehari di zoo ini sangat bosan. Lepas ini saya tak mahu pergi ke zoo lagi. Saya sudah bertaubat.



Sekian





p/s: saya rindu buat karangan sekolah rendah. Cikgu, bagi saya markah penuh boleh?

6 comments:

hanif hafiz said...

98% bahasa melayu

nur hanina said...
This comment has been removed by the author.
nur hanina said...

haha boleh tahan lah tu kan
tak tahu ape bumper car dalam bm
kereta langgar langgar? -_- LOL

Asilah said...

weh haiwan sebelah tu mcm muke ko arh haha :P ;p

weh, perli aku pe sbb blog ak malay 10% cisss :D

SaY_WeLL said...

semantik ko hebat.. penuh retorik..

nur hanina said...

haha comel macam aku kan sila
hehehe kta kkene memartabatkan bahasa melayu kan weh. gaga


ooh sungguh dramatis sekali bukan xD