mata tercelik,
tingkap terbuka,
cahaya matahari pagi menerjah masuk,
buku diselak selak,
tercari cari di mana harus bermula
tapi fikiran masih kusut,
apa yang keluar, apa yang masuk,
terlalu banyak untuk disumbat,
pagi, siang, malam, petang dinihari,
tersadai di tepi meja,
terjengket jengket kerusi dipermainkan,
mulut terkumat kamit.
menghafal mengulang
kepala tersengguk sengguk,
ingin tidur rasa bersalah
tak tidur menyeksa diri
lalu biar masa menjadi penentu
apa yang terjadi apa yang termampu
tiada yang berubah setiap hari
jadual serupa, aktiviti serupa,
perkataan bosan tak layak wujud
jika tak mahu kejadian lepas berulang semula,
memilih untuk belajar adalah pilihan sendiri
tetapi untuk berjaya, bukan hanya pada diri
tapi juga pada yang di atas.
2 comments:
nice one babe..^^
nice one!btw all the best!
Post a Comment