Misteri kehilangan baju.
Ooh peristiwa yang amat menyakitkan hati.
Bulan lalu : aku baru tersedar yang baju aku jemur di luar hilang. Aku ingatkan ia satu kemalangan
Minggu lalu : telekung yang aku jemur di ampaian hilang. Aku amat terkejut dan sakit hati. Perlu meminjam telekung fatimah atau aineen sementara menanti telekung Arab yang aku tempah. Telekung tersebut sebenarnya amatlah kelakar bagiku. Namun aku tiada pilihan lain. Perlu menerima dengan hati terbuka.
Semalam : Ketika aku mahu bersiap ke kelas aku mencari baju kebaya biru kesayanganku. Yang aku temui hanya kain, di mana bajunya? HILANG LAGI.
Apakah yang telah terjadi kepada mereka? Aku bingung. Aku musykil
Mungkin ada orang yang menceroboh masuk ke balcony kami dan mengambil baju tersebut?
Mustahil kerana jika benar mereka ingin mengambil baju tersebut mengapa ambil setengah pasang? Mengapa tidak ambil terus sepasang?
Mungkin juga baju tersebut terbang ditiup angin? Ke mana sangatlah dia boleh terbang? Aku sudah mencari di keliling rumah masih tidak ditemui. Tambahan aku sudah menyepit baju baju tersebut.
Mungkin baju baju tersebut telah diangkat oleh sesiapa dan berada di dalam rumah aku sahaja yang tidak tahu? Pelik kerana penghuni tumah ini hanya ada 3 orang. Mereka pastinya tidak berminat untuk mengangkat baju aku dan aku telah mencari di seluruh rumah masih aku tak temui baju baju tersebut
BENGANG! aku mahu baju-baju aku semula!
5 comments:
weh gila pencuri tu. tp kan weh, kalau aku kat Mekah dulu, kdg2 selipar sume2 tu bukan ade org curi tau, Allah saje je nk uji thp kesabaran kte. ntah la.. ni kat Mekah la kan, kat egypt aku tatau. sabar byk2 la weh. buat solat hajat hari2 mintak petunjuk dr Allah mana semua pakaian kau semua tu. sabar la..
cube cek bawah katil haha
bersabar jela wahai lembu. mane tau nnt baju ko terbang balik masuk rumah
bak kate spongebob..
"dah tengok bawah dulang?"
bak kate squidward..
"ouh.. belum lagi.."
baju dlm hilang tak?? hahak.. pak arab pun minat hentai ke.. hebat2..
weh aku rase kan tade pencuri lah
sebab.....aku tak penah sedar pun ada orang masuk balcony
kalau ada mesti sedarlah.
so kau jgn merepek irfan
hum beul la tina maybe Allah nak uji aku....sbar jela.hehee
tadenye bawah katil aku da cek.gaha
trust me azpa yg ambik sbb tu awk x sedar. hehe
Post a Comment