beberapa hari yang lalu kami, pelajar ksp batch 09' mengadakan reunion bertempat di duta sand resort, kuantan,
:DDD. macam lama sangat je tak jumpa nak buat reunion, padahal 2 minggu baru tak jumpa.LOL.
perjalanan menaiki bas sani express jam 1.30 bersama tayna jijie suha momo dan juga anas, sebagai musyrif,namun credits to anas kerana beliau membuatkan kami hampir ketiggalan bas. LAIN KALI TGK TIKET PUKUL BERAPA SEKIAN TERIMA KASIH.
perjalanan selama lebih kurang 3 jam setengah kami tiba di kuantan pada pukul 5 petang. Fikri menjemput kami di stesen bas :P
Terus ke duta sand. check in.
Bilik satu katil queen satu single berkongsi dengan 6 lagi teman.Petang tersebut momo dan jijie kluar pergi mall tinggallah saya tayna dan nasuha berbual bual kosong bertemankan keropok lekor dan goreng pisang yang dibelanje oleh teng *terima kasih :D, sambil menonton cerita yang ada amani yang comel,
malam tu budak lelaki semua sampai. 12 orang semuanya manakala perempuan pula seramai 7 orang berbual bual sebelum bbq sementara menunggu cikgucikgu tiba. pergh makanan die masyuk gile. udang sotong kerang daging ayam name it semua ada. bajet nak makan banyak tapi yeahh tak habis pun :P gahaa
sambil sambil tu celebrate birthday ustak dan ise yang ke-19.padan muke kena tolak masuk swimming pool. gaha.
Jam menunjukkan pukul 11 malam. selepas makan makan, kitorang pun bergerak menuju ke pantai teluk cempedak,
menaiki kereta ustaz hazwan yang dipandu oleh qistina, kami pun tiba dengan selamatyang lelaki sibuk bermain bola, manakala kami perempuan sibuk melayan perasaan di tepi laut.
selepas beberapa jam menikmati keindahan pantai, kami pun pulang.
da smpai duta sand tu memandangkan parking lot kosong, momo tibe tibe je
"nina jum test drive?"
"gile kau! aku mane reti"
"lah mana ada kereta kt sini. try reverse je kite ngn qis ajar "
"woo gile lah. boleh ke"
"alaa senang jeee."
"hehe oke lah"
buat pertama kali dalam sejarah hidupku sebagai manusia aku memegang stering kereta yang sedang berfungsi, adrenaline terus mengalir laju.
mo ajar reverse, pusing kat parking lot tu. 2 kali jek pun :P
sungguh menarik rupanya bawak kereta. tapi malas nak ambik lesen pulak = =
terima kasih fatin hamimi. terima kasih qistina :D
Dapat tidur kejap je pagi tu dikejutkan oleh bunyi jeritan sam dari pintu bilik sebelah suruh siap bangun breakfast =.="
sarapan sebentar di bandar, balik tidur main baling baling bantal sebentar, terus bergerak ke kolej shahputra untuk berjumpa junior yang bakal ke alex bulan september ini
terkedu melihat mereka. pergh junior baik gila, mesti diorang terkesimaa melihat kami kami yang perangai yang mereng dah tak waras ni.
sejuk hati tengok. most of them memang apply egypt. tahniah diucapkan. anda memang hebat.
dalam grouping, aku, teng, mega dan syazwan (khas diterbangkan dari tonto, sol lah kan :P) pun explain lah kat mereka mereka tentang life dekat sana, cara belajar, apa kena bawak, macam mana feeling echehhh etc etc lahh.
hehe diorang macam interested hopefully diorang boleh adapt kat sanaa:D
Balik petang kami singgah kedai makan sebab ustaz nak belanje cendol
tapi bukan cendol je kitorang makan, dengan paprik kangkung goreng belacan tomyam paprik telur dadar rojak mamak cendol semua kami bedalsakit hati tengok budak lelaki dah makan banyak tak tunggu kitorang kan. hehe
Habis makan sam drive kami ke stesen bas :D
thanks sam sebab slalu sabar tunggu kitorang yang lembab.
Kami pun balik lah rumah menaiki bas mara liner yang hampeh lembab stengah jam tapi tak jadi hampeh sebab sampai 1 stengah jam awal. Waah!
p/s: best reunion. Buat lagi lain kali :P
gambar sikit sebab banyak kat kamera mo :P
4 comments:
aku pun terkejut ketika menerima tepukan gemuruh..
xD
hahaaa orang penting lah katekann :P
eyhh rumet pergi kuantan tak ajak huhu
haha g ah reunion ktt tu. blekk :P
Post a Comment