aku tahu kau tahu,
tapi yang menarik aku dah kurang mengomel. kurang membebel seperti tahun tahun sebelum.
"nak winter nak winter"
selepas aku menyedari. aku juga membenci winter.
sekurang kurangnya, musim panas aku boleh mandi dua puluh empat tujuh.
bukan?
sekurang kurangnya aku boleh juga, uhm tidak berbalut dengan selimut dua puluh empat tujuh, juga.
sekarang aku sedar aku harus bersyukur dengan nikmat Malaysia.
jangan duduk merungut lagi.
panas itu mungkin satu ujian juga. kau diam, kau dapat pahala :)
tapi bila time tak kena tu,
macam semalam. aku balik exam cvs
penat aku perah otak kan? soalan mcm tut. ok tak tut mungkin. salah aku yang tak boleh nak perah otak seperah perahnya time exam :O
Jujurnya juga aku tak meletakkan apa apa harapan.
Mungkin aku rasa aku dah berusaha, mungkin lah, tapi hanya Dia yang lebih tahu.
ok balik rumah, panas. dalam kepala otak aku mahu mandi solat tidur sebelum ke cofe roastery untuk urusan seterusnya.
Malang bila mendapati aku tak bawa kunci. Betapa manusia boleh menjadi lalai dan leka.
Duduk di luar, mencangkung, bersila mengereng, selama lebih kurang sejam
bertemankan nokia E71 dengan internet bernama TENDA. hampir menangis. hampir menghentak kaki. memang tak ingat dunia panas panas. terguling seketika sebelum jiran depan memanggil masuk. kesian dengan aku barangkali.
Terima kasih. jasamu dikenang. :)
ooh aku ada 5 hari lagi nak habiskan respiratory. Alhamdulillah, masih ada lagi informasi yang lekat di kepala.
juga berjuta ribuan terima kasih buat teman baik selamanya merangkap BFF untuk stokin spongebob yang kuning menerang senang nak lekat di hati. sangatcomel tak rugi aku menangis seharian.
p/s: being ignorant. does that make you a forgiver or a hypocrite?
p/s/s: sejujurnya aku mahu keluangman terus menerus melekat bersama tiongman sampai bila bila sampai mati sampai tua. kerana mungkin, tiongman tidak lengkap tanpa keluangman begitu juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment