Pukul 7 pagi aku dah terpacak kat muka pintu bersedia untuk ke kelas yang mula jam 8
"Aku pergi kelas dulu" ,
"apesal semangat sangat?"
"nak cop tempat la. Kan ada budak private tu suka duduk tempat aku duduk tu"
Tengah perjalanan aku memikir mikir cara untuk melintas jalan. Rasa nak patah balik pun ada jugak. Takut punya pasal dengan pemandu pemandu arab yang tak hengat dunia bila bawak kereta.
Tiba di jalan raya besar, hati aku mula berdebar debar
Aku pandang kiri. Aku pandang kanan.
Tiada langsung kelibat orang yang mahu melintas
Dengan tak fikir apa, aku redah je lari secepat yang boleh.
Memang satu cara bodoh untuk melintas lah bak kata semua orang.
Tapi aku tak ada cara lain.
Aku selamat juga sampai. Mulut tak habis habis cakap
'Alhamdulillah aku hidup lagi'
Dengan muka bangga aku mempercepatkan langkah menuju ke gate universiti yang masih agak jauh. Lebih kurang 10 minit jalan.
Aku tengok jam
7.20
'takkanlah dah ramai orang. ada can nak jadi orang first ni'. confident je aku.
Lagi 500 meter sampai di gate aku yang rabun jauh, tanpa bantuan spec yang tersimpan kemas dalam beg dapat melihat gate masih tertutup
Dan aku dapat juga melihat kelibat manusia berbaju kurung di depan gate
"Ouh, damn dah ada orang sampai!" Perasaan kecewa membuak buak
Aku cepatkan lagi langkah dan bertambah kecewa bila mendapati perempuan yang sedang terpacak di depan gate adalah si dia yang suka duduk tempat aku duduk slash the reason aku pergi kelas awal.
Aku pun berdiri disebelah dia. Menanti nanti isyarat daripada guard yang sedang berdiri di sebelah untuk masuk
Aku memandang2 jam. Dia pun tak senang duduk. Semacam berada di garis merentas desa menantikan bunyi wisel ditiup
Aku pandang jam lagi
Dah 7 30 ni.
"Saah kam?" (pukul berapa)
aku bertanya sambil menjeling ke arah pengawal tersebut
Dia tersengih sengih lantas menunjukkan isyarat boleh masuk.
Dia dah mula melangkah.
Aku taknak kalah. Aku pun melangkah dengan lebih laju.
Aku lihat dia percepatkan jalan
Aku juga memanjangkan lagi langkah aku
Terfikir nak lari tapi macam semangat sangat je aku batalkan niat.
Tiba je di tangga dia dah mula berlari
Aku pun apa lagi. dia lari satu step, aku lari 2 steps tapi aku masih di belakang.
Tingkat ketiga aku lalu jalan lain. Dia terus naik tangga situ sampai tingkat 6
Dengan sekuat hati aku lari
Mentang mentang jalan kosong lagi , sebiji manusia pun tidak kelihatan.
Aku sambung lari naik tangga 2 tingkat
Penat tak payah cakap.
Dah jalan punya jauh setengah jam nak kena daki tangga 6 tingkat pulak
Memang tak hengat dunia punya mengah.
Sampai je aku usha pintu kanan, tutup lagi?
Aku pun menuju ke pintu kiri.
Ouh damn, dia kat depan!
Siap berdiri depan tombol lagi taknak kalah
Time tu aku dah agak pasrah dah. Meja number 3 pun jadi lah
Kau amik la meja number 2 kau tu.
Aku tercungap dia tercungap
tapi dua dua buat muka cool.
Memang tachycardia betul time tu sympathetic action segala jadah mengambil tempat.
Pintu masih tak terbukak. Seorang demi seorang mula memunculkan diri.
"Bila nak bukak pintu ni!" aku merungut sambil hentak hentak kaki.
Pekerja arab sampai.
"Hena , hena!" kami menjerit.
Dia cuba membuka pintu namun tak berjaya
'alah tak boleh pulak?'
panas je aku.
Setelah agak 1o minit tunggu kami terdengar bunyi dari dalam kelas
"Siot mesti dia bukak pintu belah kanan" aku dah panas dah time tu.
Aku pun lari lah apa lagi. sampai lorong pintu kanan aku tengok pintu dah terbukak luas
Masuk dalam 3 row semua dah penuh
Memang panas lah aku cakap.
Penat penat aku keluar awal jadi budak third terpacak depan gate kuliah.
Semangat lah konon,
Diorang yang cool datang lambat yang dapat tempat.
Tapi panas aku tu agak hilang bila aku nampak atas meja aku dan dia berebut tu ada beg amie
Wah amie jaga tempat aku
Dengan muka bangga aku duduk
Memang perasaan macam menang thomas cup betul.
Lantakla, aku tak dapat masuk first janji aku dapat duduk sini
walaupun dalam hati dah mencarut carut buat penat je main kejar kejar lumba lumba
Last last jadi orang yang ke entah berapa puluh entah yang masuk dalam lecture hall
Pengajaran hari ini : Jangan nak dengki sangat nina. Buat lek sudah
Kau lek dapat tempat. Kau tak lek duduk belakang pulak. Padan muka dekat diri sendiri
aku tahu jugak budak private tu takkan baca blog ni sebab haram jadah, aku tak kenal pun dia sape. Nama pun tak tahu. Memang tak guna punya lecturemate.
Tapi mintak maaf lah kalau terasa ek ek :P
6 comments:
gler awl g klas.....
hahahaa nak main kejar kejarrrr
grrrr >.<"
nasuha pwn kuar pukul 7,7.20 sampai ta bukak lagi.saket hati betul.tgk2 same je ngn org g pukul 7.30 -.-
hahaha
nina nina, macam2
:D
LOL Amazing Race much? :D
lorhh... sambil baca pun da ase dup dap dup dap. sape la yang akn dapat tmpat tu. hahahah. engatkan ape la..
Post a Comment