Thursday, November 27, 2008

ooo saya terdengar bunyi.apakah?

ooh yer hari ini saya akan berbicara dalam bahasa melayu
mengapakah?
kerana saya menerima aduan dari rakan rakan setugas mengatakan "weh aku malas nak bace blog kau ar malas nak pikir"
yer anda mmg rakan yang hebat.
saya meminta maaf atas kesulitan yang berlaku,
cuma, apabila berbicara berseorangan ataupun tengah emosi,
pasti bahasa inggeris akan terkeluar kerana dapat menggambarkan perasaan dengan lebih mendalam.


cerita hebat yang berlaku?
SPM sudah berakhir!
ulang suara, spm sudah berakhir,
ini adalah saat kebebasan yang dinantikan sekian lama,
saya faham, rakan rakan tingkatan 4, 2, 1 cemburu kerana mereka masih tidak bebas,
kerana perasaan tersebut telah saya rasai sekitar satu tahun yang lalu.


petang tadi saya hadir ke sekolah pada pukul 10 pagi,
kata aina, beliau mahu bergambar
dengan hebatnya, saya menggagahkan diri ke sekolah,
malangnya hanya kembar yang kelihatan
setelah membebalkan diri buat beberapa ketika, saaya menuju ke surau.

malas mau cite panjang panjang

dipendekkan cerita, est tadi agaklah sangat fuck*
minta maaf perkataan inggeris harus disertakan atas sebab dan masalah teknikal
hal ini kerana paper 2 agak sukar.
saya menggaru kepala beberapa kali kerana tidak memahami petikan terutama sekali tentang cd-rom.
apakah cd-rom?
apa gunanya google engine tool
pergilah search sendiri.
duniakan dihujung jari anda,

paper 1 membuatkan saya tersenyum sendiri
mengapa,?
kerana, karangan keluar topik yang sangat hangat iaitu nutrisi.
ya, hebat bukan?
sebelum peperiksaan bermula, saya kerap membaca tentang global warming
harap maaf perkataan inggeris harus digunakan kerana saya terlupa maksudnya dalam bahasa melayu.
malah saya menghafal beberapa informasi terkini tentangnya,
tambahan lagi saya menonton national geographic dan discovery tentangnya pagi tadi,
malangnya nutrisi keluar,
bukan malang, malah satu nasib
saya memasukkan segala informasi yang saya pelajari dalam biologi termasuklah enzim enzim maltose pepsin rennin insulin glucagon dan sebagainya.
yang menghairankan, saya baru berganjak ke perenggan ketiga, sudah kelihatan beberapa orang pelajar mengundurkan diri dari dewan
mengapa?
hebatkah mereka?
ooh hebat. mereka bergerak pantas dan berfikiran kritis.
saya tidak sempat menyemak dua kali kerana masa telah berakhir
syukur kepada Allah saya sempat menghabiskan menyemak karangan.

selepas keluar, kami menjadi monyet buat sementara waktu
bergelak ketawa sekuat kuatnya,
melompat seperti baboon,
baboon yang kachakk,
yang kacak dan bergaya,
seperti saya,

kemudian kami ke jaya jusco .
cadangnya hendak ke zoo atas permintaan aina namun malang tidak berbau,
zoo menutupkan dirinya pada pukul 5.
apa mahu buat, sudah jatuh ditimpa tangga.
kami pun bergembira berjalan jalan dan membeli belah
kadang kala menangkap gambar di dalam tempat persalinan baju
di situlah milah membeli baju perempuan buat pertama kali
hebat bukan/?

saya hanya membeli 2 helai baju,
dengan kos yang agak rendah,
berjimat itu penting,
tambahan pula banyak rancangan yang harus dilaksanakan menggunakan duit.

ooh jam sudah berbunyi
saya harus mengundurkan diri.
jumpa lagi di masa hadapan.
selamat tinggal.

1 comment:

Anonymous said...

hahahahah very da bm..
kahkah..
bgus2 senang nak bc..
hee :)
im gonna mis u bebeh!