Sunday, January 16, 2011

Perang

Aku isytihar perang
Dengan 'aku' yang terus mati.
Dalam hidup dunia,
Tak pernah kenal makna sementara.

Aku isytihar perang.
Buang hati hitam jauh ke tepi,
Campak jauh angan dunia,
Pergi kembali ke jalan putih.

Aku isytihar perang.
Tak mahu teruskan hidup yang bodoh,
yang tak ada makna
Keliling sistem yang rosak.

Aku isytihar perang
Tanpa machine gun
Tanpa rifle
Tanpa bom
Hanya guna hati.
Guna akal
Guna minda
Guna tekad.



3 comments:

karakoza said...

A song lyrics? or is it your own words?

nur hanina said...

my own.
how can it be a song when its that mengarut? haha.

pikah said...

sarange