Monday, May 23, 2011

rindu dekat korang :(


Korang, aku rindu lah kat korang.
Rindu masa mula mula dulu masuk bilik, aku nak sangat pindah bilik
aku tgk korang mcm skema je time tu.
haha. aku ingat lagi first time makan sekali dengan korang first time duduk sekali dengan korang masa tk dengan asilah beli rubuk firah
pastu ajak aku dengan hafsah makan sekali
dah la lapar time tu bedal jelah. hehe


aku ingat lagi dulu time tak kenal korang. aku dengan Tk selalu gaduh pasal lagu
dia pasang lagu kuat, aku kuatkan lagi lagu aku. dia kuat lagi. aku kuat lagi lagi.
haha. ingat lagi gaduh dengan hafsah pasal katil. balik je dia tukar susunan katil. aku pulak panas time tu tukar tak bagitahu tapi lama lama susunan macam tu lah yang best luas stay sampai akhir tahun pulak.hehe


aku ingat lagi asilah suka main lukis lukis paint. pastu lawa pulak tu
tadi dekat kelas icdl aku main lukis paint pastu aku tanya syera
"cuba teka lukis lukis ni macam sape?"syera cakap macam budak tadika

aku jawab "macam asilah lahhh"



first time kita keluar sekali time nak pergi open house raya haji. aku taknak pergi tapi korang ajak. aku lapar. aku cakap ok lah jum. wewewe lepas tu kita pergi makan makan rumah orang sampai petang.

rindu jugak dulu time belajar malam malam mesti sembang sembang sekali. kadang kadang sampai menangis nangis emotional cerita. hahaha. macam macam cerita keluar.
semua benda kita cakap
tak ada lah bosan best je. tapi sekarang tak tahu nak sembang dengan sape dah ;( duduk bilik sorang sorang cakap sorang sorang :( tak ada cerita banyak banyak dah :(

ingat lagi aku balik je mesti "asilahhhhhhhhhhhhh tadi kann dot dot dot"
lepas tu tk dengan hafsah buat buat tak dengar je.
lama lepas tu kalau aku tanya " eh kau igt tak hari tu aku cerita dot dot dot"

asilah lah yang tak ingat. tk dengan hafsah yang ingat semua benda. padahal diorang yang buat buat mcm tak dengar. kau yang dengar. haha kau selalu tak ingat apa orang cerita.

ingat lagi first time kita semua try coffee roastery.sebab time tu semua kecoh pasal coffee roastery kite pun mengada nak try. tapi semua pilih menu tak sedap. pastu menyesal makan kat situ mahal. haha.

ingat jugak dulu semua saving gila gila gila nak mati. aku pun terikut sebulan belanja 700 genih je paling banyak. kalau pergi carrefour lawan sape guna duit paling banyak. hehe.lepas tu banding duit dalam bank sape yang paling banyak. haha selalu tk ngn asilah lah menang hafsah ngn aku kantoi sikit :P hafsah la suka shopping kalau orang beli dia pun nak jugak! hehe kire makan coffee roastery tu memang buat setahun sekali jelah haha

ingat lagi semua cakap kita asabiyah bilik sebab taknak keluar bilik. dah la pergi kelas hari hari sama sama. mula mula hafsah tak sebab dia dengan kawan ikip tapi lama lama lama lama dia pun join duduk memerap dalam bilik. hehe

ingat lagi setiap minggu aku download cite chuck pastu kita tgk sama sama
ingat lagi kita semua malas nak pergi takafuh.
lepas tu bila senior panggil suruh turun. kita tutup lampu buat buat macam tak ada orang dalam bilik lepas tuuu tengok chuck dalam gelap. haha

ingat lagi kita pasang bintang bintang glow in the dark dekat dinding atas bilik kita kan. lepak tu eksyen kat semua orang cakap bilik kita comel. hehe lepas tu excited sebab dinding comel kaler hijau kalau tutup lampu nak tidur ;(


ingat lagi masa MRU tu. semua tido sampai tengah hari taknak bangun pergi mru padahal satu floor kosong pergi MRU. satu bilik pulak tu semua ponteng. alamak kantoi dekat sini. hehe





ingat lagi masa nak balik dah kita tangkap gambar dalam almari asrama mara sebab nak tiru gambar super junior. hehe tapi kita buat tak smart mcm super junior pun.

ingat lagi aku selalu couplekan bubu dengan boncet lepas tu banding sape lagi comel. rindu bubu rindu boncet :(
rindu nak sorok boncet asilah. Tk ganas tak sayang bubu sangat mcm asilah sayang boncet tapi bubu hadiah birthday tk aku bagi jadi Tk kena jaga jugak tak kire.


ingat lagi gaduh dengan hafsah pasal siti nurhaliza sampai nangis nangis. haha suka sangat kau dengan dia kan.

ingat lagi time time aku masak selalu tak dengan korang. tapi time korang masak aku paling suka menyemak. hehehe. sekarang kena masak sorang sorang tak best :(

ingat jugak lagi dekat board tu mesti ada tulis sape next cinderella.
semua gaduh taknak jadi cinderella.
semua malas nak kemas kann :P

lepas tu kalau beli tembikai nak potong je TK cakap tak payah,
belah dua. amik sudu sorang satu pastu korek korek je tembikai tu makan.
haha best best first time aku makan tembikai macam tu
aku beli tembikai je ingat makan dengan korang.

wah :( walaupun semua dah pindah rumah aku tetap sayang korang.
aku tahu birthday korang dah lama lepas tapi aku nak bagi jugak sory lambat sangat. hehe


10 comments:

zulaikha said...

hahahaha.... dah lama xdengar ko bercerita...selalunya ko ngan hafsah yang banyak crite, aku ngan silah lak tukang dengar, ko gaduh ngan die ni la, ko jumpe die ni la...hihi...rindu ko kacau kitorang masak, sekarang masak sorang2...sekarang aku dah xjimat, huhu..duit tinggal brp kupang jerk...rindu tengok ko kalut2 bangun tido sebab xabes study ag, sebab ko yang paling rajin dalam bilik...hihi...

nanti kalau ada masa, kite g makan tempat lain lak eh..cite2...mesti banyak cite korang2 nih..

akumfp said...

menagis bca ni

Dr Mohamad Alif Nazmi Mohd Jumawi said...

dah dekat 2 baldi aku menangis ni

silah said...

woahhh aku nampak tk komen!!! :DD

weh kat rumah aku ada sebahagian tembikai, tapi teragak agak nak makan korek pakai sudu atau ptong keping2. huhuhu siyes sebiji tembikai tu bagi kesan dalam hidup aku. :(

Tintaroo said...

Menitis juga air mata ni.

.:shap:. said...

ninaaaaaaaaaaaaaa!!
gelak2 aku bce..
engat nk tgk matlutfi kt youtube
sbb arini kepala cm serabut..

tbe2 dpt offline msg from silah
>>>buke blog nina<<<
xjadi tgk matlutfi
bce post ko pun dah tahan dah..
lucu!
tapi last2 touching la pulak..
adoihh..

:D said...

sweet.. :)

silah said...

hahhahahahaha hafsah tak boleh blaaa. orang tengah tacing tacing dia boleh gelak pulak :PP

ainaa said...

wah tacingnya..

nur hanina said...

mfp ngn alep over over plak. haha

alaa aku buat ni bukan nak bagi taching laaa aku buat sebab kelakar laa igt balik asal semua taching ni. hehehe.