pagi semalam aku bangun dalam pukul 3 pagi.
Dengar bunyi hujan. angin bertiup sepoi sepoi bahasa.
Bunyi pokok bergoyang.
Bunyi segala jadah macam sedang terbang menerbang.
Berejam meng-wonder betul ke hujan sebelum mengambil keputusan untuk keluar
*kes taknak percaya mesir capable untuk hujan lebat
"wah serious hujan lah!"
Fyi. sepanjang 2 tahun setengah aku duduk mesir,
tak pernah hujan lebat.
Um, sekali dekat zagazig.
Hujan tak lebat pun memang jarang lah.
Kalau hujan sikit berapa minit pun, kau bukak facebook, semua buat comment
'Wah hujan'memang pathetic betul semua orang. aku pun.
Kira nya nak harap egypt hujan tu memang harapan lah. kain tu tak pernah nak angkat la
*kantoi pulak
Tu yang bila semalam hujan rasa macam whoaaa miracle gila
Lagi miracle bila hujan tak stop sampai malam ni. Dan dengar cerita bakal bersambung berhari hari.
= =" Kau ni sakit ape eh, mesir?
Tambah lagi dengan cuaca yang samar samar winter.
samar samar tu dah tak jadi samar dah.
Dah jadi winter betul dah.
Pergi kelas meredah arus angin sejuk.
Campur dengan hujan chips more.
dengan pasir pasir yang menerjah masuk ke dalam mata.
Sangat kental jiwa aku yang melangkah beratus, beribu langkah barangkali ke kelas?
Aku pulang, dan mula mengeluarkan saratoga.
cepat cepat balut dalam saratoga, menolak untuk keluar daripada kepompong meroon
*saratoga aku colour maroon weh.
memang waktu yang menarik untuk tidur.
aku musykil kenapa time winter ni lah aku tak mengantuk,
terbalik pulak
padahal time tak berapa nak winter, mata asyik take upper hand, tak reti nak bukak bukak = ="
bagus jugak
Jakun bila dapat tengok kilat.
pertama kali tengok kilat di mesir.
beserta dengan guruh kuat.
Serious feel malaysia
banyak kali pulak tu. ehem, dua kali je sebenarnya. banyak lah tu kan.
baru sejuk sikit, tak sampai 0 degree pun, dah mengada
dah nak demam la pening lah tak tahan lah,
ada hati nak pergi main ski nanti . pfft
tak kira nak main ski jugak >.<" p/s: ada seorang wanita arab berurusan dengan sekumpulan pelajar klinikal malaysia. Wanita ini gembira melampau sepanjang masa. Rasa diri dia paling hebat. Dia semangat pergi ke hospital untuk buat check up. konon nak membuktikan pada suami yang dia tak gila, normal lah gembira selalu. Malang bila keputusan keluar, didapati dia memang tidak normal, aka gila. Suami ceraikan dia, kena tahan di hospital. Kasihan bukan? Sesiapa yang terasa diri dia euphoria sangat, cepat cepatlah ke hospital ya.

pengajaran hari ini : sila jangan mengumpat :D