Sunday, December 26, 2010

Skill punya exam

Tak puas hati semua nak update pasal exam skill

Hah, tadi exam skill.
Sebelum ni masuk kelas, dia ajar, practice. Memang macam menarik
memang menarik pun.

Tapi dengar cerita diorang kata tak cukup masa lah apa lah
Aku pun dah mula gelabah tak semena mena
Duduk menghadap video dekat mumtazbazz. ulang ulang.
'boleh ke aku buat esok'

Sampai hari aku dengan muka cool, tapi gelabah sebenarnya masuk lah dengan muka confident
Lepas tu budak budak ni semua tanya soalan yang haram jadah tak pernah pulak aku dengar.
Buat muka cool lagi.
Berlatih dan berlatih dengan mimot shaq dan ami,

Sampai lah turn

Pertama, aku kena bagi cardiac compression. Memang best lah. tapi macam terkantoi pulak lupa location compression dekat midline of sternum
Dengan confident cakap midline of chest. Chest apa kejadah?

Kedua, aku kena intramuscular injection. Dengan gluteal region atau bahasa kurang supannya, dekat bontot patung tu. = ="
best jugak main cucuk cucuk ni. tersengih sengih aku sepanjang masa, Nasib tak gagap, step pun alhamdulillah tak ada tinggal.

Ketiga, aku kena bagi ampu bag. dann oropharyngeal airway.
Nasib baik aku tak payah buat mouth to mouth compression.
Kurang hygenic kira. Tapi kalau fikir fikir in real situation kena buat dekat orang betul yang penuh dengan darah darah dan segala jadah yang mungkin ada kat dalam tu. haish. payah, payah

station keempat aku kena buat choking. Bukan choke kan dia, tapi kenaa selamatkan orang choking tu. Bukan orang betul pun patung je pun.
Buat back blow 5 kali beserta abdominal thrust.

yang kelima dapat blood pressure. inilah yang paling aku cuak. Tapi tengok tengok tak ada susah mana pun. Bunyi punya kuat. Semacam ada speaker. Tapi tak nampak pulak speaker. Kena pakai stethocsope. Hah eja pun tak reti berangan nak jadi doktor

Lepas keluar tu senyum tak habis. Bukan sebab senang ke apa, tapi sebab suka. gembira. Macam taknak balik nak buat lagi
Hambik kau muka aku merah tak hengat lepas tu. Sebab sympathetic action take upper hand kut, tachycardia VD of skeletal muscle segala jadah mengambil tempat.

Tapi macam cool lah. Asyik dok menghafal buku je. Ni pun ada lagi satu buku kena habiskan dalam masa 3 hari. entah boleh entah tak. aku dah tension tak boleh belah dah ni.


Doakan aku. cuak. sumpah aku stress, metaphorically.
*kepada korang korang yang suka guna perkataan stress ni, jangan nak berangan sangat. Itu metaphor je symptoms symptoms stress tu kena ada jugak kalau nak cakap korang stress betul

Ok doakan aku berjaya.

2 comments:

silah said...

aku tau ko cuak weyhh. memang time exam kau slalu macam tu, especially bila budak2 ni main tanye2 soklan haha

aku dpt subcutaneous weyh, agak kantoi jugaklah mase buat tu, tapi yg lain2 oke je kutt huhu

gudluck weyyyhhhhhhhh... ily hehe

nur hanina said...

haha memang la cuak
adoy ngeng jek
tapi ok la
haha cuak nape weh
thanks thanks kau pong good luck :D