Tuesday, March 8, 2011

selangor vs roller coaster

Rancanganku untuk pergi ke sunway lagoon untuk bermain roller coaster esok tergendala
semuanya disebabkan berita yang aku terima pagi tadi.
Semua pelajar selangor bakal mendapat rm500 untuk duit poket.

Tempatnya jauh nun di De Palma, Shah Alam.
Ikut hati malas nak pergi. mahu sahaja dilepaskan rm500.
tetapi aku fikir fikir kembali
banyak tu rm500. macam macam yang aku boleh beli.
bolehlah dapat satu beg, satu baju, satu seluar, satu sweater, satu beg sekolah.


Dengan berat hati aku membatalkan menangguhkan niat untuk ke sunway lagoon dengan perasaan kecewa.

Dahlah aku ni entah boleh dapat entah tidak.
Semua gara gara ic ku yang bertulis alamat kuala lumpur
padahal menurut ibu bapa aku, tanah rumah ini atas tanah selangor,
undi wakil rakyat untuk selangor, bayar bil semua kepada selangor.
cuti selangor pun kita dapat cuti wilayah tak dapat pula
memang semua menunjukkan aku ini orang selangor, kecuali alamat aku.
apa salahnya kau tulis selangor atas ic aku. bahagia sikit hidup.

memang payah. terpaksa bawa bil sebagai bukti.
harap lepas lah. kalau tak lepas aku mengamuk juga nanti.
sebab aku dah call nombor yang diberikan menjelaskan situasi aku.
si pencakap telefon cakap pergi lah nanti dapat lah tu.
sebab dia cakap macam tu aku pergi.
kalau tak dapat, tak salah aku bengang kan?kan?kan? :)

tapi kalau aku dapat Alhamdulillah lah. orang cakap rezeki jangan ditolak :) cuba je lah dulu mana tahu dapat kannn.

p/s: walau apa pun terjadi, aku tetap nak main roller coaster sebelum balik.
giannnnnn pulak T.T berapa tahun dah tak mainnn.


sekian terima kasih

4 comments:

faisalmfp said...

tamaknye

nur hanina said...

rezeki tak boleh tolak :)

Faisal said...

aku alamat selangor tapi lahir kl? camne nina? :)

nur hanina said...

aku lahir kl gak.
tapi boleh laa sebab duduk lama selangor dah
g je nik mana tahu dapat hehe